Partime Job

Tuesday 20 March 2012

293 maut dalam 249 kemalangan di Maran

MARAN 19 Mac - Sebanyak 249 kemalangan maut membabitkan 293 kematian direkodkan berlaku di sekitar rangkaian jalan raya daerah ini sepanjang 2007 sehingga Februari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, walaupun jumlah itu masih terkawal tetapi usaha berterusan bagi meminimumkan kemalangan maut di daerah ini telah dan akan dipertingkatkan.

Menurutnya, jumlah kemalangan maut pada 2007 adalah sebanyak 54 kes dengan 63 kematian diikuti 2008 (42 kes, 53 kematian); 2009 (48 kes, 56 kematian); 2010 (55 kes, 62 kematian); 2011 (42 kes, 51 kematian) dan tahun ini sehingga 29 Februari 2012 sebanyak lapan kes kemalangan maut dengan lapan kematian.

"Berdasarkan kepada angka kemalangan maut itu menunjukkan bahawa tragedi boleh berlaku di mana-mana laluan termasuk jalan kampung.

sumber : utusan

No comments: