Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 15 March 2012

22 pemandu degil ditahan bawa muatan berlebihan


ANGGOTA SPAD menimbang berat muatan lori batu sewaktu Operasi Bersepadu Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, JPJ dan SPAD di Stesen Timbang JPJ Air Bemban Sedenak, Kulai Jaya, semalam.

KULAIJAYA 14 Mac - Kedegilan 22 pemandu lori membawa muatan berlebihan termasuk yang sering berulang-alik ke Singapura memberi padah apabila mereka ditahan dalam tiga operasi di sekitar Johor Bahru semalam.

Semua mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Unit Khas Ketua Trafik Bukit Aman di sekitar Skudai, Gelang Patah dan Kangkar Pulai bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang ini.

Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, kesemua 22 lori yang ditahan telah dibawa ke Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Air Bemban di sini untuk pemeriksaan lanjut.

sumber : utusan

No comments: