Partime Job

Wednesday 21 March 2012

2 sahabat didakwa edar heroin


KUALA TERENGGANU- Dua sahabat dari Kampung Padang Tengir, Manir, di sini, bakal berdepan hukuman mati mandatori selepas didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas kesalahan mengedar dadah jenis heroin.

Tertuduh, Norul Faizal Ibrahim, 31 dan Mohammad Ridhuan Hafis Razim, 21, didakwa bersama-sama pada 7 Mac lalu jam lebih kurang 1.20 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Tengir, Manir mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 52.4 gram (berat kasar).

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Majistret seterusnya menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana R Azmi.

sumber : sinarharian

No comments: