Partime Job

Wednesday 22 February 2012

Kesukaran Pinjaman dalam Pembelian Kereta Baru


KUALA LUMPUR - Jika anda ingin membeli kenderaan, peluang untuk mendapat pinjaman skim sewa beli kini semakin sukar, malah ada syarikat pengedar mendakwa hanya tiga daripada 10 permohonan diluluskan oleh institusi kewangan.

Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar (Peda), Armin Baniaz Pahamin (gambar) berkata, kesukaran membuat pinjaman itu adalah berikutan garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Beliau bimbang kerana orang ramai yang terdesak untuk membeli kenderaan mungkin terpaksa mendapatkan perkhidmatan ceti-ceti haram.

"Keadaan ini amat membimbangkan, daripada 10 permohonan pinjaman sebanyak tujuh permohonan telah ditolak mentah-mentah oleh bank tanpa diproses kerana tidak menepati garis panduan baharu," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Katanya, impak kemerosotan jualan kenderaan termasuk jenama Proton akan diketahui mulai bulan depan.

Beliau memberitahu, walaupun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendakwa jualan kenderaan tempatan hanya susut lima peratus iaitu 11,000 buah pada Januari berbanding sebanyak 15,000 unit pada bulan yang sama tahun lepas, dakwaan itu tidak tepat.

No comments: