Selalunya orang akan kata.. sahabat sejati ni adalah orang yang sentiasa berada disisi kita tak kira masa susah atau senang.. Bagi Puteri, itu semua tidak semestinya perlu..
Korang nak tau Puteri ada sorang sahabat yang tak pernah Puteri jumpa sehingga sekarang.. Percaya tak? Kami kenal pada tahun 2003 melalui Yahoo Messanger(YM).. Pada mulanya dia tak percaya yang Puteri ni perempuan.. Yelahkan.. melalui YM ni kita tak boleh nak percaya betul ke tak rupa & jantina sebenar seseorang itu.. So.. Puteri pun bagi gambar pada sahabat Puteri ni.. Masa kami berkenalan tu dia mcm takut la juga.. takut kene tipu.. katanya dia pernah ditipu.. Diorang ni berkawan dengan sahabat Puteri ni semata2 untuk kepentingan sendiri..
Pada pertengahan tahun 2004, Puteri dapat kerja gov.. So.. Internet ni jarang juga la gunanya..Kami pun jarang berhubung.. Just berhubung sekali sekala melalui email.. Masa tu sahabat Puteri ni pun berada di luar Negara mengikut suami bekerja di sana. Akhirnya terputus juga hubungan sementara..
Setelah Puteri berkahwin pada tahun 2006, sahabat Puteri ni kontek semula puteri menggunakan sms.. Kami pun just berhubung melalui sms or call sahaja yang mana, dengan cara berhubung begini.. persahabatan ini masih kekal sehingga ke hari ini.. mmm.. Tapi lebih banyak kepada sms la.. Kekadang bila pikir balik kelakar pun ada.. tersenyum sorang2.. Bila call kami ni mcm baru kenal.. Bercakap masing2 macam gagap jerk.. tp bila sms? Mcm kekasih.. hehe.. HP kat tangan tak pernah lepas.. Sampaikan EN.HUBBY menunjukkan muka jeles dia tu sbb pelik dengan saper saya sms.. Bila diberitahu lama kelamaan EN.HUBBY pun faham.. Mana taknya.. Puteri pun mana ada ramai sangat kawan2 sekitar terdekat ni.. Yang ada pun masing2 sibuk dengan kerjaya masing2..
Alhamdulillah.. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat alam maya ini.. disini aku dapat belajar erti kehidupan dan persahabatan..
Sebenarnya.. Hari ini Puteri nak wish pada sahabat Puteri ni yang bernama 'Ayuni'.. Baru hari ini Puteri tau Besday dia? Itu pun disebabkan dia minta kek dari Puteri.. huhu Ayuni pernah bagitau umur.. tapi tarikh lahir tak pernah b.tau..
Semoga Persahabatan kita akan kekal selamanya.. Puteri berharap Ayuni akan mendapat rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.. Semoga bila tiba 1 hari nanti, kita akan bertemu buat kali pertama agar mengeratkan lagi persahabaan kita ini... Amin
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment