Partime Job

There was an error in this gadget

Saturday, 18 February 2012

Ayam Kurma

Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam
2 sb rempah kurma
1/2 inci halia
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dikisar
1 sb cili boh
1 btg serai dititik
1 biji bawang besar dihiris
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
2 biji kentang dipotong 4
tomato untuk hiasan
sedikit sayur kobis dihiris
sedikit santan
garam secukupnya

Cara-Cara :
Satukan rempah kurma, halia, bawang putih, bawang besar yg dikisar & cili boh. Ketepikan.

Tumis buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang hiris & serai hingga wangi. Kemudian, masukkan bahan rempah tadi dan goreng sehingga garing/wangi.

Masukkan ayam, kentang dan santan. Masak sehingga ayam masak. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, masukkan kobis dan garam. Biar sehingga kobis lembut/masak. 

Selamat Mencuba !!

No comments: