Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 23 February 2012

191,122 pemohon di Pahang layak terima BR1M

KUANTAN - Seramai 191,122 daripada 240,324 pemohon yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah menerima bantuan itu di Pahang, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Beliau berkata pemberian BR1M itu melibatkan jumlah bayaran RM95.561 juta dan hanya 49,202 permohonan sahaja yang gagal melepasi syarat-syarat ditetapkan untuk menerima bantuan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya semakan dan permohonan masih boleh dilakukan sehingga 15 April depan.


"Bagi mereka yang tidak berjaya boleh merujuk permohonan mereka di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pertanyaan atau untuk membuat permohonan semula," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad Safian berkata setakat ini, pembayaran fasa pertama telah selesai dijalankan di seluruh negeri, dengan fasa kedua dan ketiga sedang berjalan manakala pembayaran fasa keempat akan dibuat dalam masa dua minggu lagi.

Beliau menjangkakan 5 hingga 10 peratus golongan yang layak menerima BR1M di Pahang masih belum membuat permohonan untuk bantuan berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang itu berkata beliau telah mengarahkan semua pegawai daerah supaya memudahkan pengagihan supaya penerima tidak menunggu lama dan tidak menyusahkan mana-mana individu. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

No comments: