Sempena Tahun Baru Cina ini, pemilik kereta persendirian, berpeluang menjalani pemeriksaan kenderaan percuma di semua cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara bermula pada 16 Januari sehingga 20 Januari 2012.
Ini adalah salah satu inisiatif Puspakom bagi memastikan keselamatan sesebuah kenderaan sempena cuti perayaan. Pemeriksaan percuma ini merangkumi identiti, ketelusan cermin, brek, gelincir sisi dan pemeriksaan kesemua bahagian bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan optimum.
Untuk mendapatkan informasi lanjut berkenaan mengenai pemeriksaan percuma ini sila hubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my.
Sumber : Radio Informasi
No comments:
Post a Comment