Partime Job

There was an error in this gadget

Sunday, 15 January 2012

Kek Pear Berperisa Halia by Chef Ineh Bibi

Sumber & Gambar : MasterChef Malaysia
    BAHAN-BAHAN KEK
    BAHAN-BAHAN UTAMA:
  • 80gm Buah pear dalam sirap
  • 15gm Kacang Pecan
  • 100gm Gula Perang
  • 60gm Mentega
  • 60ml Susu Segar
  • 60gm Sirap Hitam (Treacle)
  • 1biji Telur
  • BAHAN-BAHAN 2:
  • 90gm Tepung Gandum
  • 5gm Soda Berkarbonat
  • 3gm Serbuk Penaik
  • 5gm Serbuk Kayu Manis
  • 3gm Halia Tumbuk
    BAHAN-BAHAN HIASAN KEK
    BAHAN EMPINGAN “SNAPS”:
  • 80g Mentega
  • Gula
  • 90g Madu
  • 60g Tepung
  • BAHAN-BAHAN “MOUSSE” COKLAT PUTIH:
  • Kuning Telur
  • 15g Gula
  • 125g Coklat Putih
  • 6g Gelatin
  • 40ml Air
  • 200g ‘Whipping cream’
  • BAHAN-BAHAN GEGULA KRISTAL:
  • 100g Gula
  • 1sudu besar Glukos
  • 60ml Air
  • BAHAN-BAHAN SOS COKLAT:
  • 30g Kepingan Coklat Hitam
  • 50gm ‘Whipping Cream’
    CARA-CARA PENYEDIAAN KEK:
  • Cairkan mentega dan gula perang di dalam ketuhar selama 5 min, kemudian keluarkan.
  • Gaulkan sehingga sebati.
  • Kemudian bahagikan adunan tersebut kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian masukkan ke dalam bekas acuan (yang telah dilapisi dengan kertas minyak) dan kemudian susunkan dengan kemas buah pear dan kacang pecan dan ke tepikan.
  • Satu lagi bahagian dicampurkan dengan susu segar, sirap hitam dan telur.
  • Gaul sehingga sebati dengan menggunakan pemukul tangan.
  • Kemudian masukkan ke semua bahan 2 bersama-sama adunan yang digaul tadi dan gaul sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan yang telah dicampurkan itu kedalam acuan yang telah disusun dengan pear dan kacang pecan.
  • Bakar didalam ketuhar dengan suhu 175'c -180'c selama 35minit atau sehingga masak.

    CARA-CARA PENYEDIAAN EMPINGAN “SNAPS”:
  • Cairkan gula dan mentega di dalam bekas adunan, dengan cara pemelwapan sehingga sekata. Kemudian masukkan madu dan tepung dan gaul bahan tersebut sehingga sebati.
  • Keluarkan bahan tadi dari kaedah pemelwapan dan asingkan sau sudu masak serta ratakan keatas silicon matt atau tray yang telah disapukan dengan mentega atau bilasan tepung.
  • Masukkan bahan yang telah diratakan kedalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180'c, sehingga masak kekuningan.
  • Keluarkan bahan tadi dan tekap dengan menggunakan acuan yang dikehendaki dengan kreativiti sendiri.

    CARA-CARA PENYEDIAAN “MOUSSE” COKLAT PUTIH:
  • Masukkan kuning telur dan gula ke dalam bekas adunan dan gaulkan.
  • Kemudian, dengan cara pemelwapan, cairkan coklat putih dan sebatikan coklat ke dalam bahan adunan tadi serta gaulkan sehingga rata.
  • Kemudian masukkan gelatin yang dicairkan dengan air dan masukan ke dalam adunan.
  • Akhir sekali, pukul ‘whipping cream’ sehingga ia kembang dan campurkan dengan bahan adunan tadi. Gaul sehingga sebati.
  • Masukkan adunan kedalam acuan plastik, dan paipkan kedalam “brandy snape”.

    CARA-CARA PENYEDIAAN GEGULA KRISTAL:
  • Campurkan kesemua bahan tersebut kedalam bekas dan panaskan sehingga masak kekuningan.
  • Kemudian asingkan seketika bahan tadi dan biarkan bahan tersebut sehingga berbentuk cecair likat dan suam sejuk.
  • Bentukkan bahan tersebut dengan menggunakan lidi satay ataupun sudu dengan corak yang dikehendaki.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS COKLAT:
  • Campirkan kedua-dua bahan tersebut dan masukkan kedalam microwave selama 30 saat.
  • Kemudian keluarkan dan tuangkan di atas Kek Pear Berperisa Halia mengikut citarasa.



No comments: