Partime Job

Sunday, 15 January 2012

Bebiri Masala Bersama Cutlet Bayam

    BAHAN-BAHAN BEBIRI MASALA:
  • 160gm Batang Pinang Biri-Biri
  • 30gm Bawang Besar (dicincang)
  • 3gm Serbuk kunyit
  • 5gm Serbuk Cili
  • 10gm Serbuk Jintan Putih
  • 5gm Halia (dicincang)
  • 10gm Bawang Putih (dicincang)
  • 30ml Air
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Serbuk Lada Putih
  • 5ml Minyak Masak
    CARA-CARA PENYEDIAAN BEBIRI MASALA:
  • Panaskan kuali dengan suhu sederhana tumis bawang besar, halia dan bawang putih sehingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan serbuk jintan, serbuk cili, serbuk kunyit dan air, masak bahan-bahan tersebut sehinga menjadi pes masala.
  • Panaskan kuali dengan suhu sederhana, masukkan sedikit minyak dan panggang daging kambing biri-biri yang telah di perasakan dengan garam dan lada putih, dan masak sehingga keperangan.
  • Selepas itu, perapkan kambing biri-biri bersama pes masala dan ketepikan.
  • Kemudian, masukkan ke dalam 'roasting pan' dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 7-9 minit.
  • Akhir sekali keluarkan dari ketuhar dan tuangkan lebihan masala ke atas biri-biri.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    BAHAN-BAHAN 'CUTLET' BAYAM:
  • 60gm Kentang (dilenyek)
  • 5gm Bawang Putih (dicincang)
  • 10gm Bawang Besar (dicincang)
  • 20gm Sayur Bayam Segar (rebus dan dicincang)
  • 20gm Kacang Hijau
  • 5gm Serbuk Kunyit
  • 5gm Serbuk Jintan Putih
  • 10gm Daun Ketumbar (di hiris)
  • 60gm Mentega
  • 50ml Krim 'Whipping'
  • 5gm Jintan Putih Kering
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Serbuk Lada Putih

    CARA-CARA PENYEDIAAN 'CUTLET' BAYAM:
  • Panaskan periuk bersama air, dan rebuskan kentang sehingga lembut dan empuk. Keluarkan dan lenyekkan.
  • Selepas itu, panaskan kuali bersama sedikit minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan serbuk kunyit dan serbuk jintan putih dan jintan putih kering, tumis sehingga sebati. Masukkan pula daun ketumbar, sayur bayam dan kacang hijau.
  • Gaul sementara dan masukkan pula krim 'whipping' dan tambahkan garam dan lada secukup rasa.
  • Keluarkan campuran kentang dan biarkan sejuk sebentar. Selepas itu, bentukkan ramuan 'cutlet' menjadi bentuk bulat.
  • Akhir sekali, panaskan kuali bersama minyak dan masak ke dua bahagian 'cutlet' dengan mengunakan mentega di dalam kuali yang telah dipanaskan.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    BAHAN-BAHAN PARKORAS:
  • 20gm Lobak Merah (dipotong 'Julianne')
  • 20gm Terung (dipotong 'Julianne')
  • 10gm Bawang Besar (dihiris halus)
  • 40gm Tepung Kacang Kuda
  • 5gm Jintan Putih
  • 5gm Cili Merah (dipotong 'Julianne')
  • 1 biji Telur
  • Sedikit Air
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Serbuk Lada Putih
  • Minyak Masak

    CARA-CARA PENYEDIAAN PARKORAS:
  • Campurkan lobak merah, bawang dan terung ke dalam campuran tepung kacang kuda dan jintan putih. Tambahkan sedikit air dan gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  • Perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan sayur 'parkoras' sehingga rangup.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    BAHAN-BAHAN ACAR RAITA:
  • 20gm Timun (dibuang kulit, dipotong kiub)
  • 30gm Tomato Segar (dibuang kulit, dipotong kiub)
  • 10gm Bawang Besar (dipotong kiub)
  • 3gm Cili Merah (di buang biji, dipotong kiub)
  • 2gm Jintan Putih Kering (ditumis, dipotong kiub)
  • 1 biji Buah Lemon (jus diperah dan kulit lemon dihiris)
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

    CARA-CARA PENYEDIAAN ACAR RAITA:
  • Panaskan kuali dan masukan, gula ,lemon jus dan air. Masak sehinga menjadi pekat.
  • Kemudian, campurkan timun, tomato, cili merah, hirisan kulit lemon dan jintan ke dalam kuali, dan masak sehingga lembut.
  • Perasakan ia dengan garam dan lada secukup rasa.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    BAHAN-BAHAN SOS PUDINA:
  • 15ml Dadih
  • 30gm Daun Pudina Segar
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS PUDINA:
  • Campurkan daun pudina segar dan dadih ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    SUSUNAN HIDANGAN:
  • Susunkan 'cutlet' bayam dan kentang diatas pinggan hidangan.
  • Kemudian, susunkan hirisan daging kambing biri-biri diatas 'cutlet'.
  • Hidangkan bersama sayur 'parkoras' disebelah daging kambing biri-biri.
  • Dan tuangkan sos dadih pudina disekeliling pinggan.
  • Hidangkan sayur parkoras bersama acar raita.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar.
  • Sedia untuk dihidangkan.


No comments: