Partime Job

There was an error in this gadget

Sunday, 15 January 2012

Kek Coklat Kelapa & Anggur by Ezani

Sumber & Gambar : MasterChef Malaysia


    BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :
  • 100gm Coklat Hitam
  • 100gm Mentega
  • 2 biji Telur Kuning
  • ¼ cawan Gula Kaster
  • ½ cawan Tepung Gandum
  • 2 biji Telur Putih
  • ½ cawan Kelapa Segar (diparut dan dibakar)
  • 8 biji Anggur (dibelah separuh)
  • BAHAN-BAHAN SABAYON VANILLA:
  • 2 biji Telur Kuning
  • 2 sudu besar Gula Kaster
  • 2 titik Esen Vanilla
    CARA-CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT:
  • Cairkan coklat dan mentega.
  • Pukul telur kuning bersama gula sehingga kembang, gaulkan campuran coklat ke dalam telur kuning.
  • Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.
  • Pukul telur putih sehingga kembang dan masukkan telur putih yang telah kembang ke dalam adunan telur dan tepung tadi.
  • Sediakan acuan kek dengan menyapu mentega di dalam acuan. Lapikkan bahagian bawah dengan kertas minyak, letakkan beberapa potongan anggur di dalam acuan.
  • Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar kek dalam ketuhar 160C selama 15 minit.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SABAYON VANILLA:
  • Pukul telur kuning dan gula sehingga separuh kembang di dalam mangkuk.
  • Masak telur kuning sambil tumis memukul di atas air mereneh (double boiler). Pukul sehingga telur kembang dan pekat.
  • Masukkan vanilla dan kacau sehingga sebati.

No comments: