Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 23 December 2011

Rusuk Kambing Ala 'Noisette' Bersumbat by Chef Sabri Soid

Tengok resepi2 dari masterchef ni bercinta rasa nak buat.. tgk bahan punya la banyak... hehe.. TQ Masterchef sbb sudi berkongsi resepi... Puteri nak simpan dulu resepi ni dalam blog Puteri sebagai koleksi.. mana la tau kan tetiba mengidam nak makan boleh cari semula dalam blog ni...
    BAHAN-BAHAN FIG GREMOLATA:
  • 5gm ‘Fig’ Kering
  • 1 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • ½ biji Kulit Lemon (diparut)
  • ½gm ‘English Parsley’ (dihiris)
    CARA-CARA PENYEDIAAN FIG GREMOLATA:
  • Campurkan semua bahan-bahan dan gaul.
    BAHAN-BAHAN RUSUK KAMBING ALA 'NOISETTE':
  • 1 bahagian Kambing Noisette (Rusuk biri-biri - Potongan ‘Noisette’)
  • Fig Gremolata
  • Herba Rosemary
  • Garam dan Lada






















    CARA-CARA PENYEDIAAN RUSUK KAMBING ALA 'NOISETTE':
  • Untuk kambing noissete – buangkan tulang 'chine' atau tulang belakang, ‘gristle’ dan lemak.
  • Masukkan fig gremolata di antara daging dan lemak. Kemudian gulung dan ikatkan dengan ‘butcher string’.
  • Perasakan dengan rosemary, garam dan lada.
  • Goreng sehingga kekuningan dan dibakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.

    BAHAN-BAHAN KEJU BLUE ROESTI:
  • 10gm Ubi Idaho (rebus sehingga ½ masak dan diparut)
  • 5gm Keju Blue
  • 1 daun Herba Thyme Segar
  • ½gm ‘English Parsley’ (dihiris)
  • Garam
  • Lada Hitam

    CARA-CARA PENYEDIAAN KEJU BLUE ROESTI:
  • Campurkan kesemua bahan dan bentukkan kepada bentuk bulat.
  • Kemudian goreng dengan minyak zaitun sehingga warna keemasan.

    BAHAN-BAHAN KAKI PUYUH BALLOTTINE:
  • 1ekor Burung Puyuh
  • 100gm Benih Bunga Matahari
  • Garam
  • Lada Hitam

    CARA-CARA PENYEDIAAN KAKI PUYUH BALLOTTINE:
  • Buangkan tulang dan gulung dengan benih bunga matahari dan salutkan dengan kertas aluminium.
  • Panggang kedua-dua belah kaki burung puyuh sehingga warna keperangan, kemudian bakar di dalam oven pada suhu 180°C selama 5 minit.

    BAHAN-BAHAN FENNEL STRUDEL EPAL:
  • 10gm Epal Hijau (grany smith – dipotong dadu)
  • 10gm ‘Fennel Bulb’ Segar (dipotong dadu)
  • 1gm Roti Putih (dipotong dadu)
  • 1 daun Herba Thyme Segar
  • 1 daun Herba Sage Segar
  • ½gm Herba Oregano Segar
  • 3 sudu besar Sos Demi Glazed
  • 3 sudu besar Minyak Zaitun
  • 3gm Bawang Besar (dihiris)
  • 2gm Bawang Putih (dihiris)
  • 5gm Daging Lembu Salai Bakon (dihiris)
  • 10 keping Pastri Fillo
  • 2 sudu besar Mentega Lembut
  • Garam
  • Lada Hitam

    CARA-CARA PENYEDIAAN FENNEL STRUDEL EPAL:
  • Tumis daging lembu salai bacon , bawang besar, bawang putih dan campuran herba segar.
  • Masukkan epal hijau, fennel segar, roti, sos demi glaze dan kemudian, tambahkan garam dan lada secukup rasa. Pastikan epal dimasak sehingga empuk.
  • Kemudian, sapukan mentega ke dalam pastri fillo, masukkan inti strudel epal dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 5 minit.
  • Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan.

    BAHAN-BAHAN CAPERS DRESSING:
  • 10gm Tomato Segar (dipotong dadu)
  • 5gm Bawang (dipotong dadu halus)
  • 2 sudu besar Jus Lemon
  • 1 daun Herba Dill Segar
  • 1 daun Daun Bay Kering
  • 3 sudu besar Minyak Zaitun
  • Gula
  • 1 sudu teh Cuka
  • Caper
  • Jeruk Bawang

    CARA-CARA PENYEDIAAN CAPERS DRESSING:
  • Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan capers, jeruk bawang, jus lemon.
  • Kemudian tambahkan cuka, garam dan lada secukup rasa.
  • Padamkan api dan masukkan tomato yang telah dipotong dadu beserta herba dill segar dan daun bay kering.



Sumber : Masterchef

No comments: