Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 23 December 2011

Ayam Panggang Tanjung Biru by Chef Zam Zam


    BAHAN-BAHAN AYAM PERAPAN:
  • 160gm Dada Ayam (dikisar)
  • 80gm Isi Udang (dikisar halus)
  • 100gm Bawang Merah (dikisar)
  • 50gm Serai (dikisar)
  • 30gm Halia (dikisar)
  • 50gm Asam Boi Merah (dikisar)
  • 1 biji Cili Merah (dicincang halus)
  • 1 biji Cili Hijau (dicincang halus)
  • 30gm Daun Ketumbar (dicincang halus)
  • BAHAN-BAHAN SOS ASAM PEDAS:
  • 50gm Bawang Merah (dikisar)
  • 30gm Bawang Putih (dikisar)
  • 30gm Serai (dikisar)
  • 30gm Asam Boi (dihiris)
  • 1 batang Cili Merah (dihiris)
  • ½ batang Bunga Kantan (dihiris)
  • 1 sudu besar Asam Jawa (dihiris)
  • 1 pucuk Daun Kesum
  • ½ cawan Santan
  • ½ cawan Air
  • BAHAN-BAHAN SAYUR GORENG TEPUNG:
  • 60gm Tepung Jagung
  • 2 biji Telur
  • 60gm Serbuk Kari
  • 2 batang Bendi
  • Garam
  • Lada Sulah
  • 30gm Ketumbar
  • BAHAN-BAHAN KERABU MAYANG:
  • ½ biji Timun
  • ½ biji Lobak Merah
  • 1 biji Cili Merah
  • 1 ikat Pucuk Pegaga
  • 1 biji Bawang Merah(bawang kecil)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 ikat Pucuk Cekur
  • 30 gm Kelapa Parut
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  • 1 biji Ubi Kentang (hiris)
    CARA-CARA PENYEDIAAN BAHAN SUMBAT/INTI:
  • Rendam asam boi selama 5 minit shingga lembut dan kembang.
  • Kisar bawang merah, serai, halai, asam boi shingga halus.
  • Di dalam mangkuk kaca, gaulkan bahan kisar, bahan cincang dan isi udang sehingga sebati.
  • Ubah rasa dengan garam dan gula seperti yang dikehendaki.

    CARA-CARA PENYEDIAAN DADA AYAM:
  • Pastikan kulit masih melekat pada sisi dada.
  • Menggunakan pisau kecil (paring knife), buat lubang (poket) bermula dari bahagian tulang.
  • Sumbat bahan inti sehingga padat.
  • Tutup poket ayam sehingga rapat menggunakan lidi buluh. Ratakan dengan garam, gula, serbuk lada dan sedikit minyak.
  • Sapukan sedikit minyak pada kuali panggang berjalur (grill pan) yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan mulakan memanggang pada bahagian kulit sehingga berjalur dan naik bau.
  • Terbalikkan ayam dan ulangi proses yang sama pada bahagian isi pula.
  • Susun dada ayam diatas dulang keluli panggang(baking tray) dengan bahagian kulit menghadap ke atas. Panggang dalam ketuhar pada suhu 170c selama 10 minit/ sehingga tahap masak yang dikehendaki.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS ASAM PEDAS:
  • Panaskan minyak dan kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan daun kesum hingga naik bau (sedikit berpeluh).
  • Masukkan hirisan cili merah, bunga kantan dan asam boi.
  • Tambahkan air asam dan didihkan.
  • Sejat sos pada keadaan reneh sehingga likat. Ubah rasa dengan garam dan gula.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SAYUR GORENG TEPUNG:
  • Hiris Bendi melintang (jejari). Ubah rasa dengan garam, lada sulah dan ketumbar.
  • Celup ke dalam bancuhan telur, tepung jagung, serbuk kari. Goreng sehingga ranggup.

    CARA-CARA PENYEDIAAN KERABU MAYANG:
  • Rendam bahan-bahan mayang didalam air ais selama 10 min sehingga ranggup. Renjiskan dan keringkan. Tutup dengan tisu basah untuk mengekalkan keranggupan dan kesegaran.
  • Gaulkan dengan kelapa parut, cili merah dan pucuk cekur.
  • Hiris nipis kentang yang telah dikupas kulit.
  • Rendam 3 minit di dalam air ais, keringkan sebelum menggoreng.
  • Goreng hingga ranggup. Taburkan sedikit garam secukup rasa.


Sumber :  Resepi Masterchef Malaysia

No comments: