- 400gm Tepung
- 4 sudu besar Lobak Merah/'Squash'/Labu (dicincang)
- 4 biji Telur
- Secubit Garam
- Minyak Neuvida
- 1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
- 450gm 'Top Sirlon Steak' atau 'Tenderloine' (dihiris nipis)
- 200gm Cendawan Butang Segar
- ½ biji Lada Benggala Merah (dihiris)
BAHAN-BAHAN PASTA:
BAHAN-BAHAN DAGING KLASIK 'STROGANOFF':
- ½ biji Lada Benggala Hijau (dihiris)
- 3 sudu besar Minyak Masak
- 6 sudu besar Mentega
- 1 sudu besar Tepung
- 1 cawan 'Sour Cream'
- 1 sudu besar 'Dijon Mustard'
- 1 biji Lemon
- ½ sudu kecil Parutan Lemon
- ½ cawan Stok Daging
- Garam dan Lada
- Secubit Daun Parsley (dicincang)
- Buatkan lubang di tengah-tengah tepung dan pecahkan telur di dalamnya. Tambahkan garam dan lobak merah/'squash'/labu dan gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga menjadi adunan doh. Tambahkan sedikit air jika diperlukan. Rehatkan doh selama 10 hingga 15 minit, iaitu sehingga ia lembut, empuk dan kenyal.
- Kemudian, bahagikan doh kepada 4 bahagian.
- Letakkan sedikit tepung pada mesin pemutar pasta dan roll doh tersebut sehingga ia menjadi kepingan doh yang nipis.
- Potong doh tersebut kepada bentuk jalur dengan menggunakan mesin yang sama. Selepas itu, rebus doh tadi didalam periuk yang telah dipanaskan bersama air dan secubit garam selama 3 minit atau menjadi al-dente.
- Selepas itu, toskan airnya dan cuci pasta tersebut dengan air sejuk dan lumurkan beberapa sudu minyak neuvida dapa keseluruhan doh supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.
- Sedia untuk dihidang.
CARA-CARA PENYEDIAAN PASTA:
- Perapkan daging bersama garam, lada dan 1 sudu minyak. Kemudian, panggangkan daging tersebut sehingga ia menjadi keperangan dan ketepikan ia.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, cairkan mentega bersama lebihan minyak dan tumiskan bawang hingga menjadi keemasan.
- Masukkan cendawan, lada benggala dan masakkan ia untuk beberapa minit dan ketepikan.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, tambahkan tepung dan kacaukan. Kemudian, masukkan stok daging dan biarkan ia mereneh sehingga sos tersebut pekat dan rasa tepung hilang.
- Masukkan lemon, jus lemon dan 'dijon mustard', dan kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Kemudian, masukkan garam dan lada secukup rasa.
- Selepas itu, masukkan semula daging, cendawan dan lada benggala kedalam sos, dan panaskan ia secara menyeluruh.
- Tambahkan ½ cawan 'sour cream' dan kacau sehingga sebati dan tutup api.
- Hidangkan bersama pasta bersama baki 'sour cream'. Hiaskan ia bersama daun parsley di atasnya.
- Sedia untuk dihidang.
CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING KLASIK 'STROGANOFF':
Sumber : Masterchef Malaysia
No comments:
Post a Comment