Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 3 November 2011

Kuih Tab Mandi?


haa..Mesti korang pelik dengan kuih ni.. Tau tak sebab apa Kami panggil tab mandi? sebab bentuk dia macam tab mandi.. Kami tuko bentuk kuih ni mcm tab mandi. hehe.. sebenarnya kuih ni dinamakan kuih perigi.. sebab apa panggil kuih perigi? sebab kat tengah2 dia tu nmpk mcm ada air.. Kuih ni asal dari Negeri perak..





Yang ni lak Kami bentukkan jadi bentuk love


Bahan-Bahan :
1/2 bungkus tepung pulut
Air secukupnya
santan pekat secukupnya
Garam
gula pasir
daun pisang

Cara-Cara :
Mula2.. Korang bancuh tepung pulut dengan air. Bancuh agak2 la bagi nak mudahkan adunan tu terbentuk nanti.. Sementara tu daun pisang korang sapukan dengan sedikit minyak.. Kalo tak nanti melekat.. Bila dah melekat mulalah x puas nak makan.. Adunan tadi korang bentukkan macam perigi.. Ikut la korang nak bentuk besau mana pun.. Ikut atas citarasa korang.. Then letak la atas daun pisang.. Pastu letak gula pasir dalam perigi tu yer.. Nak manis letak ler banyak sket.. Then letakkan santan yang dah dicampurkan dengan sedikit garam disekeliling @ kat luar perigi tu.. Kukus selama 15 minit yer...

Selamat Mencuba !

No comments: