Partime Job

Tuesday 3 May 2011

Permainan Petanque..

 Pada 1 Mei 2011 sempena Hari Pekerja, Felda Panching Utara telah mengadakan sukan rakyat untuk penduduk2 di Panching.. Antara Permainan yang dimainkan ialah Bola jaring, Sepak takraw & Petanque.
 Asyik sungguh Jabil tengok orang main Petanque..
Tengok muka kakak tuh.. merajuk tak pasal2.. ntah apa yg dia nak pun tak tau ler.. meragam jerk sejak tak dapat p jom heboh..


Haa.. korang tau tak petanque nih apa?
Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan permain mendapatkan mata permainan.Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.

Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan dilakukan

Kalo nak tau lebih lanjut cara2 nak main permainan ni... korang boleh rujuk kat blog Persatuan Petanque.

No comments: