Partime Job

There was an error in this gadget

Saturday, 24 October 2015

Sup Tulang noxxa

Alhamdulillah.. Siap menu utk malam ni..

Bahan :
Daging
Bwg besar - potong 4
Bawang putih - tumbuk
Halia
Sup bunjut tulang
Air secukupnya
Cili padi
Tomato
Serai
Daun kari
Limau kasturi
Garam & gula secukupnya

Cara-cara :
1) Masukkan daging, bwg besar sedikit, sup bunjut, halia & air ke dalam inner. Tutup periuk. Tombol hala ke pressure. Tekan butang high pressure 35minit. Tekan butang On.
2) Sementara tunggu masak, tumis bwg putih hingga kekuningan. Masukkan sebahagian bawang besar, cili padi, serai, daun kari & tumis hingga wangi.
3) Bila daging dah masak, keluarkan wap mcm biasa sebelum buka penutup. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi ke dalam daging. High pressure kan lagi 5 minit.
4) Bila dah masak, masukkan garam & gula secukupnya. Stirfrykan sebentar. Perahkan sedikit jus limau kasturi & masukkan tomato. Masak sehingga tomato lembut sedikit.

Selamat mencuba..

No comments: