Partime Job

Friday 22 June 2012

Kenali suami, isteri

KELUARGA ibarat taman Firdausi adalah impian setiap pasangan pastinya bukan senang dan juga bukan susah untuk mengemudi bahtera jika menggunakan kaedah yang sistematik.

Hampir 1,500 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai kementerian, agensi di Wilayah Persekutuan mengikuti Seminar Keluarga Bahagia 2012 anjuran Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam tanggal 12 Jun lalu.

Bertemakan ‘Di Saat Aku Terima Nikahnya’ dianjurkan bagi menjayakan matlamat Program Rumah ku Syurga ku ke arah mewujudkan keluarga bahagia dalam melahirkan masyarakat penyayang selaras ajaran Islam.

Seminar tersebut turut memberikan kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan dalam mengharungi arus globalisasi bagi membentuk keluarga Islam yang cemerlang di samping memberikan penjelasan mengenai peranan suami isteri bagi mengukuhkan hubungan dalam perkahwinan.

Seminar yang memuatkan tiga slot itu dikendalikan sepenuhnya pakar motivasi tanah air iaitu Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah. Antara slot tersebut ialah ‘kenali suami kenali isteri’, mehnah rumah tangga dan resipi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga’.

Perasmian penutup disempurnakan Timbalan Pengarah (Operasi) Jawi, Omar Said. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK),Kamariah Abdullah; Ketua Penolong Pengarah BPPK, Mohamad Kori Jusoh; KPPK Bahagian Pengurusan Dakwah, Azizah Che Hassan; KPPK Bahagian Pelajaran, Zaiton Abd Rahman; KPPK Cawangan Putrajaya Ghazali Saad dan Ketua Pendakwa Syarie Bahagian Pendakwaan, Ibrahim Deris.

SUMBER: http://www.jawi.gov.my/arkib-berita.html

sumber : rencana - sinarharian

No comments: