Partime Job

Thursday 10 May 2012

Rakaman video bayi dipukul

Mm.. Baru je tgk video ni semlm kat FB.. arini dah kuor dlm surat khabar..


SEDUTAN rakaman video yang diperolehi dari laman sesawang menunjukkan seorang wanita memukul anaknya.

KUALA LUMPUR 9 Mei - Ketika suasana sambutan Hari Ibu masih dirasai, pengguna Internet khususnya laman sosial Facebook hari ini dikejutkan dengan penyebaran satu rakaman klip video yang meruntun jiwa apabila seorang bayi dipercayai berusia hampir setahun didera ibunya dengan kejam.

Entah apa dosa sikecil itu, ibunya sanggup memukul bayi tersebut bertalu-talu dengan bantal malah turut ditendang, dicubit dan ditampar tanpa belas kasihan dalam rakaman yang berdurasi selama empat minit dan 19 saat itu.

Lebih malang, ada individu lain yang merakam perlakuan itu dan turut membiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa meskipun bayi itu meraung-raung seolah-olah meminta simpati.

sumber : utusan

No comments: