Partime Job

Friday 4 May 2012

Cupcake Coklat Dutchlady

Haa.. kali ni Puteri nak bagi resepi dari DC Cupcakes dan telah diolah sedikit bahan2nya..
Selamat mencuba yer..

Cupcake Coklat Dutchlady
Sumber Resepi : DC Cupcakes (diolah sedikit bahan2nya by Tentang Kami) (^_^)

Bahan-Bahan :
8 sudu besar mentega
1 1/4 cawan gula kaster
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko
3 sudu besar tepung susu dutchlady perasa coklat
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan fresh cream


Cara-Cara :
1) Pukul mentega sampai kembang & gebu
2) Masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang
3) Masukkan telur satu persatu dan gaul sebati.
4) Masukkan separuh bahan kering dan gaul sebati. (Tepung naik sendiri, serbuk penaik, serbuk koko & tepung susu dutchlady - dicampur bersama & diayak)
5) Masukkan air & gaul sebati.
6) Masukkan baki bahan kering dan gaul sebati.
7) Akhir sekali, masukkan fresh cream dan gaul lagi.
8) Bakar selama 20minit - 25minit dengan suhu 170 darjah celcius.


Krim Puteri rujuk resepi dari internet iaitu Irish cream frosting..

Selamat Mencuba! (^_^)

No comments: