Partime Job

Wednesday 2 May 2012

Beg tangan dilarikan ketika dapatkan maklumat kelas agama anak

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu kehilangan beg tangan yang ditinggalkan di dalam kereta ketika keluar untuk mendapatkan maklumat mengenai kelas agama salah seorang anaknya setelah beg itu dilarikan pencuri.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi kelmarin itu, mangsa yang juga seorang peniaga berusia 30-an meletakkan kenderaan di hadapan sebuah tadika berdekatan Pasaraya Mydin, Kuala Ibai, di sini, namun tidak sampai lima minit beg tangannya itu lesap.

“Ketika kejadian saya baru sahaja keluar tidak sampai lima minit dari kereta bersama anak yang berusia setahun dan secara tiba-tiba saya mendengar kanak-kanak di dalam tadika berkenaan menjerit memaklumkan ada pencuri melarikan beg tangan saya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan sempat melihat dua suspek menaiki motosikal melarikan diri bersama beg tangan yang mengandungi barangan peribadi seperti kad pengenalan diri, lesen memandu, kad kredit, wang RM100 dan telefon bimbit,” katanya.

Katanya, dia sendiri tidak tahu bagaimana penjenayah berkenaan boleh mengetahui beg tangannya ditinggalkan di dalam kereta.

“Saya juga tidak ingat sama ada sempat mengunci atau tidak keretanya sebelum kejadian kerana beranggapan ingin singgah sekejap sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana tidak diancam dan dicederakan penjenayah tersebut dan berharap kejadian yang menimpanya itu menjadi pengajaran kepada orang lain untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

sumber : sinarharian

No comments: