Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Trauma lihat mangsa meraung


BUKIT KAYU HITAM – Seorang pelancong dari Malaysia yang terselamat dalam kejadian letupan bom kereta di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai, selatan Thailand kelmarin kini serik untuk mengunjungi wilayah berkenaan.

Mohd. Shahdiq Abdul Rahman, 32, berkata, dia tidak akan dapat melupakan keadaan huru-hara yang tercetus sebaik sahaja letupan berlaku apatah lagi mangsa yang cedera meraung kesakitan.

Dia turut menasihatkan rakyat negara ini supaya berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk melancong ke wilayah tersebut.

“Saya sudah memadamkan Thailand daripada senarai percutian kerana saya benar-benar serik dan tidak mahu mengunjungi Hatyai atau Thailand selepas ini,” katanya yang ditemui di pintu sempadan negara dekat Danok di sini semalam.

sumber : kosmo

No comments: