Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Sofia Jane: Berkarya hingga ke nafas terakhir


NAMA Sofia Jane cukup terkenal pada era 1990-an lantaran lakonan hebatnya dalam beberapa filem seperti Harry Boy (1992), Perempuan, Isteri dan ... (1993) dan Sayang Salmah (1995).

Hingga kini, kedudukan wanita kacukan Melayu-Inggeris ini dalam kelompok aktres handalan tanah air masih belum tergugat.

Meskipun sudah tidak aktif seperti dahulu, kemunculan Sofia masih memberi impak misalnya melalui drama Sebuah Ijtihad yang mengangkatnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2007.

Masih kekal jelita pada usia 40 tahun, kehadiran isteri kepada Datuk Meor Zain Azman ini mencuri tumpuan ketika sesi dialog bersama karyawan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.

Biarpun memegang gelaran Datin, Sofia tetap merendah diri ketika berkongsi pengalamannya sepanjang bergiat dalam industri.

Mengakui semakin selektif dalam memilih watak, kata Sofia, dia terpaksa berbuat demikian kerana kurangnya naskhah dengan garapan skrip yang baik.

sumber : sinarharian

No comments: