Partime Job

Thursday 5 April 2012

Sindiket dadah dua negeri tumpas

JOHOR BAHRU – Satu sindiket pengedaran dadah melibatkan Johor dan Melaka tumpas apabila polis menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah di Jalan Bakariah, Muar pada 30 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi itu, polis menahan dua suspek dan merampas pelbagai jenis dadah serta peralatan mengeluarkan pil khayal dipercayai dadah.

“Kedua-dua suspek adalah seorang lelaki dan wanita berusia 26 dan 33 tahun dan polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM500,000.

sumber : kosmo

No comments: