Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 30 April 2012

Nasi Planta Berempah






Masak - masak hujung minggu...










Bahan-Bahan :

5 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
4 kuntum bunga cengkih
4 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
sedikit buah pelaga
sedikit serbuk kunyit
3 cawan beras
5 cawan air
2 sudu besar planta
1 sudu besar rempah kari
sedikit garam
sedikit gula


Cara-Cara :
1) Panaskan planta dalam periuk sehingga cair.
2) Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga sehingga wangi.
3) Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
4) Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit & rempah kari. Tumis lagi hingga wangi.
5) Masukkan air, garam & gula. Biar hingga mendidih.
6) Setelah mendidih, masukkan beras ke dalam periuk & biar hingga nasi masak..

Selamat Mencuba!

* Resepi ni diambil dari buku Planta Resepi Warisanku tetapi telah diubahsuai sedikit mengikut selera anak2.. Penulis buku ni adalah Mat Jepp. Jika berminat boleh dapatkan di kedai2 terdekat atau boleh dibeli secara online di Online Store MPH..

2 comments:

mala said...

assalamulaikum,

boleh cuba respei nasi ni. anak2 suka kalau masak savoury rice mcm ni.

Puteri Salju said...

hehe.. budak2 mmg suker mkn.. Selamat mencuba yer.. (^_^)