Partime Job

Monday 2 April 2012

Jodoh Hamidan bersama Kedah ditentu Rabu ini


ALOR SETAR - Walaupun dijulang sebagai hero pada dua perlawanan terakhir, nasib pemain import Kedah, Mohammed Hamidan dijangka ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Rabu ini.

Hamidan mula dijulang sebagai wira oleh para peminat selepas mempamerkan mutu sebagai seorang penyerang yang menakjubkan menjaringkan dua gol pada saingan menentang T-Team dengan kemenangan agregat 2-1 dan terbaru membenam Perak 3-0.

Sebelum ini jodoh pemain yang berasal dari Ghana dilihat samar selepas mempamerkan aksi yang kurang konsisten sejak menyarung jersi Hijau Kuning pada Februari lalu.

Tinjaun Sinar Harian di laman sosial, Facebook semalam mendapati rata-rata para pemain mahu Hamidan dikekalkan selepas berjaya meningkatkan corak permainannya.

Lebih serius, khabar angin mengatakan pemain berusia 22 tahun tersebut digugurkan sebaik sahaja tamat kontrak akhir bulan lalu.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr Hamdan Mohammed Khalib berkata, beliau masih belum menerima sebarang maklum balas tentang Hamidan daripada Pengurus Pasukan, Datuk Khazali Din dan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan.

Tambahnya, setakat ini beliau juga tidak menandatangani sebarang surat berhubung pengguguran pemain itu.

"Setakat ini saya tidak mendapat maklumat semasa dari pengurus atau ketua jurulatih untuk singkir Hamidan.

"Dulu orang marah dia dan sekarang minta jangan buang dia (Hamidan) pula," katanya.

Menurut Hamdan, tempoh pendaftaran pemain import akan dibuka sehingga pertengahan bulan ini.

Sementara itu, Hamidan dalam reaksinya meminta media memberikan liputan yang baik berkaitan KFA, penyokong dan mutu bola sepak Kedah.

Menurutnya, tidak ada pengurusan bola sepak yang mahukan kegagalan.

"Semua (pengurusan pasukan) akan berusha untuk mencipta kejayaan, maka sama-samalah kita mengalas amanah ini untuk kejayaan bola sepak Kedah. Kepada peminat pula mereka perlu bersama pasukan Kedah ketika suka dan duka," katanya.

sumber : sinarharian

No comments: