Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Hadiah hingga tempat ke-40

PUTRAJAYA: Hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 menanti pemenang pertama sehingga tempat ke-40 dalam acara Putrajaya Treasure Hunt (PTH 2012) dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat berkata, juara pertandingan itu bakal menerima RM5,000, namun dengan konsep baru yang diperkenalkan semua pasukan berpeluang menjadi juara bersama hadiah lumayan.
“Tarikh tutup penyertaan esok dan borang penyertaan boleh diperoleh menerusi laman web ppj.gov.my atau menghubungi Kheirul Nazib Mahmud di talian 016-2046086,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: