Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 3 April 2012

Filem The Hunger Games kekal No.1


LOS ANGELES - Filem aksi remaja, The Hunger Games kekal mendahului kutipan pecah panggung di Amerika Utara untuk minggu kedua berturut-turut.

Menurut agensi yang mengumpulkan anggaran kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem itu yang memperoleh kutipan AS$152.5 juta (RM465.4 juta) dua minggu lalu melonjak kepada AS$250 juta (RM762.9 juta) hanya dalam tempoh 10 hari ditayangkan di pawagam.

Ia dianggarkan memperoleh AS$60 juta (RM183.1 juta) pada minggu lalu.

Filem The Hunger Games mengisahkan seorang gadis remaja yang terlibat dalam satu permainan sukan maut yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Suzanne Collins.

Tempat kedua menjadi milik filem sekuel fantasi, Wrath of the Titans yang memperoleh kutipan sebanyak AS$36 juta (RM109.9 juta).

Filem Snow White berada di tempat ketiga dengan kutipan sebanyak AS$22 juta (RM67.1 juta). - AFP

No comments: