Partime Job

Thursday 5 April 2012

Drebar mati tersepit


NILAI: Perjalanan seorang pemandu lori dipercayai mahu menghantar kicap ke ibu negara bertukar tragedi apabila dia maut tersepit akibat kenderaannya terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 282.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan susur keluar Nilai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, lori dipandu Md Norsah Aziz, 35, berkedudukan antara dua treler menyebabkan tubuhnya tersepit di tempat duduk pemandu.

Mangsa yang cedera parah di kepala terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, Md Norsah yang memandu lori membawa muatan kicap datang dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur.


“Setiba di tempat kejadian, dia yang berada di laluan paling kiri dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah treler membawa muatan pasir yang berhenti kerana rosak tetapi tidak sempat masuk ke laluan kecemasan.

sumber : mymetro

No comments: