Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Dicekup lepas 16 jam menyamun

KUALA LUMPUR: Empat daripada lima lelaki yang dipercayai menyamun sebuah restoran makanan segera di Pasar raya Tesco, Kepong, pagi kelmarin ditahan 16 jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek berumur 18 hingga 20 tahun ditahan pada 11 hingga 12 malam kelmarin hasil maklumat orang ramai.


Mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru, Sungai Buloh. Seorang lagi suspek tiada di rumah itu ketika serbuan.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek melarikan wang RM2,300 ketika kakitangan restoran berkenaan membuat persediaan membuka perniagaan.


“Kami masih mengesan seorang lagi suspek. Identitinya sudah dikenal pasti. Semua suspek lelaki tempatan dan bekas pekerja restoran makanan segera itu,” katanya. — Bernama

No comments: