Partime Job

Monday 2 April 2012

16 pengguna lebuh raya ditahan


JOHOR BAHRU 1 April - Seramai 16 pengguna lebuh raya termasuk dua pemandu lori ditahan kerana didapati positif dadah dalam satu operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai, di sini malam semalam.

Dalam operasi yang bermula pukul 9 malam hingga 1 pagi itu, lebih 200 pemandu serta penumpang pelbagai jenis kenderaan diperiksa.

Ketua Cawangan Pengesanan dan Pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Zulkifli Samril berkata, operasi tersebut merupakan kali pertama diadakan oleh jabatannya pada tahun ini.

"Operasi kali ini tertumpu kepada pemandu lori dan bas yang sering kali dikaitkan dengan penggunaan dadah ketika memandu.

sumber : utusan

No comments: