Partime Job

Wednesday 28 March 2012

Warga emas terkejut diusir

AMPANG - Seorang warga emas tidak menyangka, rumah yang didiami di Kampung Baru Ampang, di sini sejak 60 tahun lalu terpaksa ditinggalkan apabila menerima notis arahan keluar.

Loe Look Lyin @ Low Swee, 70, berkata, dia sebelum ini didatangi individu yang tidak dikenali mengatakan tanah yang didiaminya itu telah dimiliki penama lain.

Menurutnya, kehadiran individu itu memaklumkan, tapak rumah itu perlu dikosongkan selewatnya hujung April ini.

“Saya sungguh terkejut apabila diarahkan keluar, mereka mahu merobohkan rumah walhal saya sudah tinggal sejak berusia 10 tahun lagi.

“Saya tidak faham bagaimana isu seperti ini boleh timbul sedangkan rumah ini mempunyai geran, cuma ia telah tamat tempoh,” katanya ketika ditemui sempena kunjungan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, di sini.

Difahamkan, 10 tahun lalu, Low Swee pernah menghantar permohonan untuk menukar geran, namun ia tidak diluluskan kerana geran itu atas nama ibunya.

Berikutan masalah itu, dia melantik peguam agar nama pemilik geran dapat ditukar milik.

Bagaimanapun terkejut apabila secara tiba-tiba tanah berkenaan sudah ditukar hak milik kepada penama baru.

Sementara itu, Ismail berkata, tindakan memberikan hak geran kepada penama baru seakan satu penyelewengan terhadap waris keluarga.

Menurutnya, pada 1975, geran tanah yang diduduki itu diberikan geran kepada ibu Low Swee yang tempohnya tamat pada 2005.

Dalam tempoh itu, ibu Low Swee meninggal dunia menyebabkan keluarga berkenaan memohon probet dari mahkamah yang memutuskan akan menyerahkan tanah itu kepada Low Swee.

“Malangnya, dalam tempoh itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan tanah kepada penama lain yang tidak ada kena mengena dengan waris keluarga ini.

“Umno Ampang akan berusaha membantu keluarga ini, pada masa sama telah melantik peguam bagi menuntut hak melalui perundangan, keluarga ini telah teraniaya,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: