GEORGE TOWN - Aktiviti sekumpulan warga emas bermain judi 'Yoke' di sebuah kedai kopi di Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi di sini sejak awal Januari lalu terbongkar apabila mereka diserbu polis kelmarin.
Kesemua mereka yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita tempatan berusia dalam lingkungan 40-an hingga 70-an itu ditahan ketika asyik bertaruh wang di atas meja makan premis berkenaan.
Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 6 petang itu diketuai oleh Inspektor Rusli Tipu daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Difahamkan, dua daripada kaki judi itu berjaya melarikan diri sebaik polis menyerbu premis yang hanya membuka separuh pintu itu.
Malah ketika ditahan, ada antara mereka memberi pelbagai alasan mempunyai penyakit darah tinggi dan sudah uzur.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya membuat intipan sehari sebelum itu.
sumber : kosmo

No comments:
Post a Comment