KUALA LUMPUR: “Saya gembira kerana ada pihak tampil untuk membantu mencari tiga anak dan enam cucu saya yang hilang sejak tiga tahun lalu,” kata warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 57, ibu lapan anak yang melaporkan kehilangan tiga anak dan enam cucu selepas dibawa lari menantu muallaf sejak 2009.
Rohaya yang juga tukang sapu berkata, kebimbangannya sekeluarga berkurangan selepas mendapat panggilan daripada Biro Aduan dan Komunikasi Pemuda Umno semalam yang mahu membantu menjejaki kehilangan ahli keluarganya.
Katanya, dia sekeluarga berharap dapat berjumpa kembali anak dan cucu selepas puas berusaha tiga tahun termasuk membuat laporan polis.
“Hanya rasa syukur diucapkan kerana ada pihak sudi menghulur bantuan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, selepas kehilangan mereka, kehidupan keluarganya tidak tenteram kerana memikirkan nasib anak dan cucunya yang mungkin menjadi mangsa pelacuran menantu.
Harian Metro semalam, melaporkan seorang ibu tua hanya menangis mengenang nasib tiga anak perempuan dan enam cucu yang dibawa lari menantu muallaf berusia 40-an yang dipercayai berada di negara jiran.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment