LIMA: Polis anti rusuhan bertempur dengan pelombong emas yang membantah kawalan ketat yang dikenakan terhadap aktiviti perlombongan haram di tenggara Peru, semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa terkorban dan 29 yang lain cedera.
"Kami bersimpati dengan kematian tiga orang awam itu," kata Menteri Dalam Negeri, Daniel Lozada.
Kira-kira 60 orang ditahan dalam rusuhan yang membabitkan ribuan pelombong di bandar Puerto Maldonado, sempadan antara Brazil dan Bolivia, kata pegawai tempatan. - AFP

No comments:
Post a Comment