Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Nahas bas dalam terowong Switzerland: 22 murid sekolah Belgium terkorban

SIERRE (Switzerland): Dua puluh lapan penumpang terbunuh apabila sebuah bas yang sarat dengan murid sekolah terbabas di selatan Switzerland ketika dalam perjalanan pulang ke Belgium selepas bercuti meluncur salji.

Dua puluh dua kanak-kanak terbunuh apabila pemandu bas hilang kawalan dan melanggar tembok konkrit ketika melalui sebuah terowong.
Dua puluh empat lagi kanak-kanak, dilaporkan cedera.

Menurut polis, impak kemalangan itu sungguh dahsyat dan menyebabkan bahagian depan bas rosak teruk dan menyebabkan penumpang tersepit.


Kebanyakan penumpang bas adalah dari dua sekolah di Belgium, berusia 12 tahun.


Belgium berada dalam keadaan berkabung sebaik saja menerima berita kemalangan itu.

Perdanan Menteri Belgium, Elio DiRupo berkata, “Ini adalah hari yang paling dahsyat untuk semua rakyat Belgium.”

Dia bertolak ke Switzerland, semalam.

Polis dan anggota bomba berganding bahu dan menutup laluan terowong di kedua-dua arah, manakala beberapa buah helikopter dan ambulans membawa mereka yang cedera ke empat hospital.

Bas itu yang membawa 52 penumpang, dalam perjalanan dari Val d’Anniviers ke Sion, sebuah bandar di Switzerland di lebuh raya A9 apabila kejadian itu berlaku pada jam 9.15 malam, kelmarin.

Di Brussels, Menteri Luarnya berkata, bas itu adalah satu antara tiga yang disewa oleh kumpulan Kristian.

Murid-murid itu datang dari dua buah sekolah di Lommel di timur laut dan Heverlee, di bahagian tengah Belgium.

Agensi berita ANP memetik kata-kata ketua bomba Lommel sebagai berkata, tujuh kanak-kanak dari Belanda turut berada di dalam bas itu.

Ketika sidang akhbar awal pagi semalam, Komander Polis Valais berkata, tragedi begitu “tidak pernah berlaku sebelum ini” dan menyebabkan penyelamat yang berpengalaman turut merasa trauma.

Pakar bedah, Jean-Pierre Deslarzes berkata, “Semua anggota penyelamat terperanjat dengan pengalaman ini.” AFP

No comments: