Partime Job

Tuesday 27 March 2012

Malaysia perlu bersedia guna teknologi nuklear


SEOUL - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sedang menuju ke arah meluaskan penggunaan teknologi nuklear secara aman bagi penjanaan tenaga elektrik.

"Malaysia mahu memastikan penggunaan teknologi nuklear secara selamat, terjamin dan aman," katanya kepada wartawan Malaysia semasa menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear selama dua hari di sini bermula semalam.

Muhyiddin berkata, segala persiapan ke arah itu perlu dibuat dengan mengambil kira bahawa satu hari nanti Malaysia tidak mempunyai pilihan apabila sumber minyak berkurangan dan harga minyak naik serta terpaksa beralih kepada sumber nuklear sebagai satu sumber menjana tenaga.

Menurut beliau, Malaysia bernasib baik kerana wujud sumber alternatif seperti solar, hidro dan angin yang belum dieksploitasi sepenuhnya.

Beliau berkata, pakar-pakar nuklear boleh memainkan peranan memberi penjelasan dan kesedaran mengenai teknologi nuklear malahan usaha itu boleh dimulakan di peringkat pelajar dan juga melalui program komuniti

sumber : kosmo

No comments: