Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 1 March 2012

Kanak-kanak OKU hilang Ditemui mati

MARAN - Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) ditemui mati dipercayai terjatuh ke dalam parit dekat rumahnya di rancangan Felda Jengka Satu.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Sahabuddin berkata mayat Norshahida Abdul Razak, 11, ditemui abangnya kira-kira pukul 8 malam tadi di dalam parit di kawasan ladang sawit berhampiran rumahnya.

"Mangsa, anak keempat dari lima beradik yang menghidap 'syndrome down' bersekolah di Sekolah Khas Felda Kota Gelanggi 2.

"Pada pukul 4 petang semalam, dia dikatakan keluar rumah untuk ke rumah seorang rakannya berhampiran rumahnya," katanya kepada pemberita di sini.

Namun hingga lewat petang Norshahida tidak pulang menyebabkan keluarga kanak-kanak itu bertindak mencarinya.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke hospital Bandar Pusat Jengka untuk bedah siasat.

Ahmad Johari berkata polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

Sumber : Sinar HArian

No comments: