AIrAsia’s Big Sale, kembali dengan kadar serendah RM25 untuk penerbangan sehala bagi domestik dan RM55 sehala bagi luar negara bagi destinasi di bawah rangkaian AirAsia X dan AirAsia.
Jualan itu ditawarkan secara atas talian bermula hari ini hingga 1 April 2012 untuk perjalanan dari 1 Oktober hingga 31 Januari 2013 yang boleh dilayari menerusi www.airasia.com.
Dalam kenyataannya, penerbangan domestik itu meliputi penerbangan ke Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Baharu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu dan banyak lagi.
Destinasi luar negara pula, Bali, Jakarta, Batam, Medan, Surabaya, Semarang dan beberapa lokasi lain.
Pelanggan boleh menggunakan kesempatan ini untuk menempah tiket menerusi AirAsia X serendah RM225 sehala ke China, RM295 ke Jepun, Taiwan, dan Australia.
Ketua Komersil Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata, AirAsia mengadakan jualan besar-besaran yang pertama pada pertengahan Februari lalu dan sepanjang promosi itu, sambutan diterima begitu menggalakkan.
“Kali ini kami jangkakan trafik laman sesawang kami akan kembali sibuk dan pelanggan harus bersabar jika terpaksa berdepan gangguan sistem ketika membuat tempahan.
Kami menawarkan liputan merentasi 150 laluan merangkumi 22 negara dan 13 hab di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Hong Kong jadi jangan lepas kan peluang untuk melawat destinasi kesukaaan,” katanya.
sumber : sinarharian
No comments:
Post a Comment