Partime Job

Friday 2 March 2012

Buruh Tergamam kene gantung

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh tergamam apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini, semalam setelah didapati bersalah mengedar heroin seberat 16.29 gram, pada 2010.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohamad Zalani Mohd Nor, 36, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati telah mengedar dadah berbahaya iaitu jenis Heroin seberat 16.29 gram pada 24 November 2010, kira-kira jam 10.25 pagi di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah, Kampung Balai Besar, Dungun.

Oleh itu, dia didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Setelah mendengar pengakuan bersalah tertuduh dan hujahan pembelaan daripada peguam belanya, Mohd Yazid kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati memandangkan kesalahan tertuduh adalah berat.

Mohamad Zalani yang berbaju T dan seluar putih itu kelihatan terpaku sebaik hukuman dijatuhkan, bagaimanapun dia kelihatan tenang menerima keputusan itu.

Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam Ghazali Ismail dan Datuk Sukri Mohamed.

Berdasarkan fakta kes, sekumpulan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun telah membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah, Kampung Balai Besar, Dungun pada 24 November 2010, kira-kira jam 10.25 pagi.

Dalam serbuan itu, polis telah menjumpai dadah jenis Heroin yang disorokkan dalam almari, lalu bertindak menahannya untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, peguamnya iaitu Ghazali ketika ditemui berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan pada Isnin ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu.

Sumber : Sinar harian

No comments: