Partime Job

Thursday, 15 March 2012

Bomba selam tak timbul

PELABUHAN KLANG: Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas selepas menyelam ketika menjalankan operasi mencari kontena yang terjatuh dan tenggelam di Dermaga 14 Northport, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Tajul Arifin, 30, dari Unit Selam Bomba Northport bersama rakan setugas dikenali Mohd Norazam, 29, bertindak terjun ke dalam laut, namun mangsa tidak timbul selepas berbuat demikian.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, operasi menyelamat dihentikan pada jam 6 petang ini (semalam) berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan sebelum disambung jam 7 pagi esok (hari ini).

di sini, semalam.

sumber : mymetro

No comments: