Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

Agih baucar RM3,000 bermula di Kelantan

PUTRAJAYA: Seramai 5,443 bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara bakal menerima bayaran khas, sekali gus RM3,000 yang akan dibayar secara berperingkat bermula di Kelantan esok.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, pembayaran akan dibuat dalam bentuk baucar dan ia boleh ditunaikan di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum 30 April depan.


Menurutnya, pada 12 Mac depan bayaran akan dibuat di Sarawak, seterusnya Terengganu (14 Mac), Johor (15 Mac), Perlis (18 Mac), Melaka (19 Mac), Pahang (20 Mac), Negeri Sembilan (21 Mac), Kedah (22 Mac), Perak (25 Mac), Pulau Pinang (28 Mac) dan Sabah (31 Mac).

“Untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan tarikh penyerahannya belum ditentukan lagi,” katanya pada sidang media, di kementeriannya di sini, semalam. “Kepada penerima uzur pula satu kaedah penyampaian khas akan dibuat bagi memudahkan mereka,” katanya pada sidang media, di kementeriannya di sini, semalam.


Turut hadir, Presiden Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBKAM), Datuk Melati Ali.


Bayaran khas itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 tahun lalu sebagai mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan bekas kakitangan kontrak yang berkhidmat lebih lima tahun kepada masyarakat.

Sumber : Harian Metro

No comments: