Partime Job

Wednesday 28 March 2012

3 suspek mungkin ‘pemudah cara’

KAJANG: Tiga lelaki ditahan pagi kelmarin kemungkinan ‘pemudah cara’ kepada empat lelaki yang menyamun kediaman Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Asmawi Ani atau Mawi di Bangi Golf Resort, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiga lelaki itu adalah buruh binaan yang sedang menyiapkan banglo dianggar bernilai RM11 juta bersebelahan rumah Mawi.


“Suspek berusia 20-an hingga 30-an ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas tiga jam polis menerima laporan daripada mangsa mengenai kejadian itu.

“Kami percaya mereka memberi maklumat dan petunjuk kepada kumpulan perompak itu bagi memudahkan mereka memasuki rumah mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.


Menurut Ab Rashid, mereka ditahan untuk membantu siasatan polis bagi memburu empat suspek utama sebelum ketiga-tiganya dibebaskan sebaik keterangan mereka dirakam.


Semalam, Harian Metro melaporkan rumah banglo milik penyanyi, Mawi, 31, dipecah masuk empat lelaki bersenjatakan parang yang mengikat ahli keluarganya sebelum melarikan telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai membabitkan kerugian RM10,000.


Menceritakan detik cemas itu, Mawi berkata, empat lelaki warga asing itu dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.


Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama isteri, Nor’Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah. Mawi juga terkejut apabila melihat seorang lelaki bertopeng mengacukan parang ke mukanya.


sumber : mymetro

No comments: