Partime Job

Wednesday 28 March 2012

27,000 liter diesel dirampas


PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin Wilayah 3 merampas 27,000 liter minyak diesel bernilai RM48,600 selepas menahan tiga lelaki Thailand dan dua lelaki warga tempatan di pangkalan kecil Tok Bali, dekat sini awal pagi semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, tiga warga Thailand tersebut ialah seorang tekong bot bersama dua awak-awak manakala dua lelaki tempatan merupakan pemandu dan kelindan lori tangki minyak yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 55 tahun.

Menurut beliau, mereka ditahan ketika sedang memindahkan minyak tanpa sebarang dokumen pembelian di pangkalan persendirian yang tersorok daripada pandangan umum pada pukul 1.30 pagi dan dipercayai cuba menyeludup keluar barangan bersubsidi itu ke negara jiran

sumber : kosmo

No comments: