Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 7 February 2012

Resepi Kek Velvet kukus

Kek di order oleh diri sendiri n puteri..hehehe...saje nk mentry buat kek ni..kukus 45 minit...

Ok.. kat Sini Puteri updated resepinya yer..

Bahan-Bahan :
2 Biji telur saiz A
240gram gula halus
200gram tepung gandum
1sk baking powder
1sb Ovallete
1sk esen vanilla
1sk jus lemon(kalau xda gantikan dengan 1/2sk garam)
250gram susu sejat/susu segar
110gram mentega cair
sedikit serbuk coklat
pewarna ungu, kuning, pink & hijau

Cara-Cara :
1) Panaskan Air kukusan.
2) Masukkan semua bahan kecuali mentega cair & serbuk coklat dan pukul hingga kembang
3) Setelah kembang, masukkan mentega cair. Kacau sebati.
4) Kemudian, bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap adunan berlainan warna mengikut citarasa masing-masin yer..
5) Alas acuan menggunakan kertas minyak dan sapu sedikit mentega..
6) Letak kesemua adunan berwarna ungu dan taburkan sedikit serbuk coklat di atas adunan tadi.. Kemudian, letakkan adunan warna kuning dan taburkan sedikit serbuk coklat sekali lagi.. Begitu lah seterusnya untuk warna-warna yang lain..
7) Setelah itu tutup acuan dengan aluminium foil.. Masukkan dalam kukusan & kukus selama 45minit.

p/s : Resepi ni dari resepi Kek Velvet yg telah diubah sedikit bahannya.. Resepi asal kek ni tiada ovallete, manakala jus lemon pula diganti dengan cuka.

No comments: