Partime Job

There was an error in this gadget

Sunday, 15 January 2012

Rendang Beef Wellingyon by Chef Norman

Sumber & Gambar : MasterChef Malaysia
    BAHAN BAHAN UTAMA:
  • Daging Batang Pinang - 500gm
  • Cendawan Butang - 250gm
  • Bayam (berdaun besar, buang batang) - 100gm
  • Puff pastry - saiz 350mm x 250mm
  • Telur Kuning - 2 biji
  • Serbuk cili paprika sebagai hiasan
  • BAHAN BAHAN SOS LADA HITAM DAN CENDAWAN:
  • Krim Pekat - 300ml
  • Lada Hitam (ditumbuk halus) - 1 sudu besar
  • Air - 100ml
  • Cendawan Shitake (direndam dalam air panas supaya jadi lembut dan dihiris halus) - 10 biji
  • Pes Rendang - 2 sudu
  • Garam - ½ sudu
  • BAHAN BAHAN PES RENDANG:
  • Serai - 2 batang
  • Bawang Kecil - 4biji
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Lengkuas - ½ inci
  • Cili Kering (direndam dalam air panas) - 10 tangkai
  • BAHAN BAHAN MENUMIS:
  • Daging (dipotong nipis) - 250g
  • Minyak Masak - 4 sudu besar
  • Garam - 1 sudu kecil
  • Gula - ½ sudu besar
  • Santan Pekat - 100ml
  • Kerisik - 2 sudu besar
  • Daun Limau Purut - 4 helai
  • Daun Kunyit (dihiris halus) - 1 sudu besar
    CARA-CARA PENYEDIAAN KIEV AYAM:
  • Untuk Pes Rendang, tumis bahan – bahan yang telah dikisar dengan empat (4) sudu minyak masak.
  • Goreng hingga naik minyak dan masukkan daging, gula, santan, & garam. Masak dengan api yang perlahan sehingga kering.
  • Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup api dan keluarkan daging dari rendang. Sejukkan pes rendang.
  • Cincang cendawan halus halus atau masukkan dalam Pengisar Makanan (food processor). Gorengkan ia tanpa minyak, dan goreng hingga kering.
  • Celurkan daun bayam dengan air panas hingga sedikit layu dan keringkan.
  • Hiris daging dari seketul menjadi seketul menjadi sekeping daging. Sapukan pes rendang dan gulung kepingan daging tersebut seperti ‘swiss roll’.
  • Ikat dengan tali supaya bila digoreng, daging yang digulung itu tidak akan terbuka.
  • Goreng selama 5 minit hingga jus daging keluar.
  • Dengan menggunakan ‘cling film’, susun daun bayam yang telah dikeringkan dan taborkan cendawan yang telah digoreng. Kemudian letakkan daging yang telah digoreng(pastikan tali yang digunakan dibuang)
  • Balutkan dengan lapisan cendawan dan bayam dengan menggunakan ‘cling film’. Perap dalam peti sejuk untuk seketika.
  • Tebarkan puff pastry dan sapu kuning telur. Letak daging yang telah diperap bersama bayam dan cendawan. Gulungkan puff pastry dengan kejap.
  • Kelar bahagian atas pastri dan sapu kuning telur. Taburkan garam dan lada hitam.
  • Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 C selama 15 hingga 20 minit.
  • Sediakan sos dengan menggorengkan cendawan hingga kering. Masukkan krim, pes rendang, air, dan jus daging berlebihan. Masukkan lada hitam dan garam. Masak hingga mendidih.
  • Keluarkan daging setelah masak dan hiris setebal 1 inci dan hidangkan bersama sos yang telah dimasak. Taburkan serbuk cili paprika sebagai hiasan.



No comments: