KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyambut baik cadangan agar kursus pascaperkahwinan diwajibkan untuk semua pasangan suami isteri sebagai satu langkah proaktif mengatasi trend perceraian selepas kahwin yang semakin serius di negara ini.
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (KSK), Saimah Mukhtar berkata, pihak beliau sememangnya mempunyai pemikiran ke arah itu memandangkan modul untuk kursus pascaperkahwinan sudah disediakan.
Namun, pada masa ini Jakim masih belum mewajibkan peraturan berkenaan.
“Apakah kita perlu sampai modul kursus pascaperkahwinan diwajibkan? Perkara itu sedang kita fikirkan dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, bermula tahun ini, sebuah panel yang diberi nama Panel Pemikir Sosial Umat Islam akan diwujudkan khusus untuk membuat kaji selidik terhadap punca sebenarnya pasangan-pasangan suami isteri yang bercerai mengambil keputusan yang sukar itu.
Panel itu juga harap dapat mengenal pasti faktor pemangkin kepada tidak sefahaman antara pasangan suami isteri yang bercerai, katanya. – BERNAMA
Sumber : Newshub.my
No comments:
Post a Comment