Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 6 January 2012

Apple Pie Cupcakes

Nampak best kan? Resepi ni jumpa kat Cupcakes Take The Cake... katanya resepi ini didapatinya dari Inspired Taste.. Jom kita cuba sama2 yer..

Bahan-Bahan :
4 sudu besar mentega tanpa garam
2 biji epal (dibuang kulit & biji & dipotong dadu)
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/8 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar jus limau
1/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan + 2 sudu besar gula perang
1/4 cawan walnut dicincang
12.4 oz Pillsbury refrigerated cinnamon rolls


Cara-Cara :
--> Didalam kuali, cairkan 2 sudu besar mentega dengan api sederhana.

--> Bila sudah cair, masukkan epal yang telah didadu tadi dan dimasak selama 5 minit. Kacau sekali sekala sehingga lembut. Masukkan 2 sudu besar gula perang, serbuk kayu mani dan garam. Masak lagi 5 minit atau sehingga epal lembut. Campurkan jus lemon kacau rata dan ketepikan.

--> Di dalam mangkuk lain, campur baki mentega, tepung, 1/4 cawan gula perang dan walnut dan gaul sehingga menjadi doh..

--> Kemudian, bahagikan doh kepada 8 bahagian atau mengikut jumlah saiz cupcakes anda.. uli setiap doh setebal 4 inci dan letakkan di dalam acuan muffin seperti dalam gambar dibawah.
Isikan inti epal tadi ke atas setiap doh..

Bakar 10-12 minit atau sehingga berbuih dan muffin tersebut berwarna keperangan.
Biarkan sejuk kira-kira 30 minit dan hiaskan dengan krim atau mengikut kreativiti masing2.. 



No comments: