Partime Job

Friday 16 December 2011

Singgah Sebentar di Kellie's Castle

Pada 25 Nov 2011 yang lalu...Perjalanan menuju ke Taiping sempat pulak kami singgah di Istana Kellie's Castle... 

Istana Kellie's terletak kira-kira 15km ke selatan Ipoh, di pinggir bandar Batu Gajah. Ia merupakan istana yang belum siap dibina. Istana ini dibina pada tahun 1915 di mana pekerja pembinaan dibawa masuk khusus dari Madras, India.
Seluruh istana dibina dari batu bata merah yang berkualiti dan arkiteknya juga dibawa khas dari England.
Dikatakan pembinaan istana ini dihentikan disebabkan kegagalan Kellie's pulang ke Malaysia akibat 1 kejadian ke England.  Beliau meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada bulan Disember 1926. Anak2nya mengambil keputusan kembali ke England dan anaknya Anthony telah dibunuh semasa perang dunia Ke-2.

Jom jenguk2 gambar yang sempat kami rakamkan di istana ini...


No comments: