Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 4 April 2012

Mesti pandai baca label makanan


Keperluan nutrien bagi setiap manusia berkembang mengikut perkembangan usianya. Bagaimanapun perkembangan paling penting pastilah pada usia muda, di mana pertumbuhan fizikal dan mental sedang giat berlaku. Malah pada usia beginilah, nutrien diterima mungkin menentukan sejarah kesihatan pada masa depan.

Pada usia satu hingga tujuh tahun, proses kematangan organ termasuk anggota pancaindera dan minda giat berlaku dan nutrien tertentu diperlukan agar ia berjalan lancar. Tabiat pemakanan
sihat dan diet seimbang amat penting. Memandangkan kanak-kanak bergantung sepenuhnya pada ibu bapa untuk mencorakkan pemakanan mereka, maka kesedaran dan pengetahuan ibu bapa amat diperlukan.

Pada usia ini ibu bapa mesti memastikan anak-anak diberikan hidangan mengikut piramid makanan yang betul. Awas, mereka juga perlu menunjukkan teladan baik dalam pengambilan
makanan. Jangan pula mengajar si kecil supaya suka makan sayur jika mereka sendiri, gemar memilih makanan berlemak dan manis sebagai pemecah selera. Umumnya, kebanyakan ibu bapa amat bimbang jika anak tidak mempunyai selera makan. Maka mereka mencari dan menjamu makanan yang dijangka boleh menaikkan selera si kecil.

Sedangkan setiap enam bulan, ibu bapa juga sepatutnya memantau perkembangan tinggi dan berat anak sama ada sesuai dengan BMI mereka. Kena seimbang Oleh sebab makanan yang dimasak di rumah tidak semestinya menggunakan seratus peratus sumber organik, maka makanan dalam tin yang turut memasuki dapur rumah seterusnya dijadikan hidangan harian keluarga harus diketahui kandungannya.

Malang sekali, kebanyakan ibu bapa hanya mengintai tarikh luput pada tin makanan sebelum membeli manakala kandungan nutrien, tidak diambil kira. “Selain kasih sayang dan perhatian,
memastikan anak-anak mendapat nutrien seimbang yang diperlukan sepanjang proses tumbesaran juga adalah cara membuktikan kasih sayang ibu bapa,” ujar Presiden Persatuan Pemakanan
Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong ketika ditemui sempena sidang media anjuran NSM dengan sokongan Abbott Nutrition di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Beliau menambah, tabiat pemakanan sihat harus dipupuk pada usia kecil sebelum terlambat. Hal ini kerana kebanyakan nutrien paling diperlukan di awal perkembangan kanak-kanak. Manakala
menjelang usia remaja, sudah agak terlambat untuk membetulkan tabiat pemakanan memandangkan mereka sudah terbiasa dan mampu membuat pilihan sendiri.

Mengikut kajian dijalankan NSM pada Februari 2012 terhadap 300 ibu yang mempunyai anak berusia antara satu hingga tiga tahun, 74 peratus daripada mereka tidak biasa membaca
maklumat nutrien yang tertera pada label makanan. Kebanyakan mereka juga tidak menyedari kepentingan campuran nutrien yang betul untuk diberikan kepada si kecil.

Malah dalam pada kesemua ibu memberikan susu untuk membesar kepada anak-anak, lebih tiga suku daripadanya kurang ambil pusing kandungan yang terdapat di dalam produk yang dijadikan pilihan. Seperti dijangka, lebih separuh daripada kaum ibu yang membaca label pula membayangkan lebih tinggi kandungan nutrien tertentu yang dipromosikan sesuatu jenama maka lebih baiklah susu yang dibeli untuk anak mereka.

“Tiada nutrien tertentu yang boleh menjanjikan perkembangan mental dan fizikal menakjubkan dengan bergantung padanya semata-mata. Kombinasi nutrien lain pada jumlah betul turut diperlukan untuk perkembangan kanak kanak,” jelas Dr Tee sambil mendedahkan, 68 peratus daripada ibu bergantung sepenuhnya pada saranan kawan-kawan dan keluarga sebelum
memilih jenama susu membesar untuk anak mereka.

Selebihnya pula bergantung pada saranan doktor, kajian dibuat sendiri, iklan di media massa dan belian berdasarkan promosi serta barangan percuma yang ditawarkan bersama produk tersebut
semata-mata.

sumber : sinarharian

No comments: